Khamis, 31 Julai 2008

Tingkatkan Komen Ke Blog Dengan 5 Cara

Kebiasaannya, popularnya sesuatu blog itu diukur melalui berapa banyak komen yang diterima oleh sesuatu artikel diblog itu. Apabila menulis sesuatu artikel, pastinya blogger itu mengharapkan artikelnya itu menerima komen dan pandangan dari pembaca, dengan ini ianya dapat menambahbaikkan sesuatu teknik atau cara yg cuba disampaikan oleh penulis itu. Komen yang banyak juga menunjukkan yang sesuatu artikel itu diterima oleh pembaca dan ini boleh menambahkan lagi semangat kepada penulis agar menulis lebih banyak lagi artikel yang lebih baik dimasa hadapan.

Jadi tidak hairanlah mengapa ramai penulis blog mencari cara bagaimana untuk meningkatkan jumlah komen diblog mereka. Disini saya paparkan 5 cara untuk meingkatkan jumlah komen diblog anda.

5 Cara Tingkat Komen Ke Blog Anda:

  1. Minta Pembaca Untuk Komen - Mudah bukan. Letakkan sahaja perkataan "Sila tinggalkan komen anda di bahagian bawah post ini". Ini mengingatkan pembaca anda agar meninggalkan sebarang pendapat mereka di bahagian komen/ulasan.
  2. Akhiri Artikel Anda Dengan Soalan - Lebih kurang sama dengan cara diatas cume lebih tampak sopan dan pastinya pembaca anda akan meninggalkan komen mereka. Contohnya:- "Apakah cara yang anda guna untuk meningkatkan pembaca yang datang ke blog anda?"
  3. Berikan Sesuatu - Anda boleh berikan sesuatu kepada pambaca yang meninggalkan komen diblog anda seperti; Adakan satu ruang di mana-mana bahagian blog anda dan labelkan bahagian itu sebagai "Pengkomen Terbanyak" atau apa sahaja dan "link"kan nama mereka ke blog mereka, ini pasti membuatkan komen di blog anda meningkat kerana anda menghargai komen pembaca anda.
  4. Buatkan Komen Nampak Mudah - Pastikan pembaca anda mudah untuk meninggalkan komen di blog anda, ada sesetengah blog yang memerlukan pembaca untuk mendaftarkan diri sebelum boleh meniggalkan komen - LECEH.
  5. Balas Komen Pembaca - Jangan lupa untuk membalas komen pembaca anda kerana ini sangat penting, ini menunjukkan yang anda ambil berat tentang komen yang ditinggalkan oleh pembaca anda.
Saya telah menunjukkan 5 cara bagaimana untuk meningkatkan komen diblog anda, apakah pula cara yang anda lakukan untuk meningkatkan komen diblog anda, sila kongsikan cara anda agar dapat menambahkan lagi manfaat kepada artikel ini.

Tiada ulasan: